Resepi Cucur Nasi Ikan Bilis / Jemput-jemput Ikan Bilis(versi bahasa jawa)
Bahan A
1 gengam ikan bilis
1 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah (aku guna sebiji bawang besar…. Kat rumah aku tak ade bawang kecil hehehe)
2 cawan air
½ sudu kecil garam
2 cawan nasi yang telah di sejukkan
Bahan B
3 cawan tepung gandum (atau pun jika aduanan masih cair tambah kn tepung hingga agak pekat)
Bahan C
Jika suka boleh tambahkan
lobak merah (potong kiub)
daun sup/sadri
Bahan D
Minyak untuk mengoreng
Cara-cara
1.Satukan bahan2 A dan blander ataupun kisar hingga halus/pekat kemudian
2.Tuang kan bahan2 yang dikisar tadi ke dalam mangkuk yang agak besar….
3.Gaulkan bahan A yang telah dikisar tadi bersama2 dengan bahan B(tepung gamdum) aku gaul dengan tangan……
3. Masuk kan bahan C (aku tak masukkan pun sebab tak ade stok kat rumah)
4.Gaul rata.
5.Kemudian panaskan minyak atas kuali….. dan goreng….
6.saiz cucur terpulanglah ikut suka masing2…. Kalau nak besar ceduk 1 sudu besar…. Tapi klau nk comel2 cedok setengah sudu…..
|
No comments:
Post a Comment